Friday, November 16, 2012

perubahan ...?

SALAM MAAL HIJRAH

   Assalamualaikum semua. Pagi semalam bangun tidur kecoh pasal bumi Palestine kena serang lagi dengan si kejam Israel grr sampai bila isu ni nak berakhir? Sayu hiba hati ni. Semakin lama hidup semakin benci meluat dengan yahudi. Awat kejam sangat? Ish awak semua boleh bayangkan kalau negara kita kena serang macam dekat gaza? Minta jauh la semua tu :'( whatever it Allah know the best. Hanya Allah yg maha mengetahui. Lets pray for Gaza!

   Sempena maal hijrah ni like seriously nak berubah menjadi yg lagi baik lagi baik dan lagi baik. Ehem darah muda kan banyak godaannya kikiki. Bila fikir setiap dosa dosa ermm kecut perut ni rasa hinanya diri ni and bla bla bla. Ada beberapa part dalam diri ni yg kena ubah, insyaallah satu satu dulu. Takut perubahan secara drastik tak kekal lama. Tiada manusia yg sempurna tp cari la kesempurnaan di dalam tidak sempurna tu. Wahh wahh ayat hihi tp betul la kan.


Friday, November 9, 2012

result ohh result

ASSALAMUALAIKUM

    Dah la tak pandai malas belajar tapi nak result gempak kebaboom je haha terasa? Kalau siapa yg terasa tu meh sep sikit hihi hmmm tu la lumrah hidup, ramai kot macam tu include me dushh !  Semua orang ada sifat malas kan tapi yg membezakan seseorang individu tu macam mana dia tepis sifat malas dia. Tapi saya takde la jenis malas nak study tahap superb pemalas. The major problem is suka study last minute. Tu susah betul nak ubah. Tolong bagi ceramah motivasi sikit dekat si diyana ni kikiki poyo poyo je kan. 

    Bila study last minute result pun susah la nak gempak kebabooom. Result untuk sem 5 agak mengecewakan hati. Result jatuh memang la down. To be honest for sem 5 saya punya rajin tu lebih dari sem sebelum ni. Effort lebih dari sebelum ni tapi nak buat macam mana paper masa final banyak sangat yg superb susah sampai menangis lepas habis jawab paper haha over tau lepas tu lecturer pulak dapat jenis yg lokek markah, how? Kalau tahu macam tu memang effort dalam belajar tu akan ditingkatkan ke level 10 dari 6 kikiki yoyoyooo je.    

    My last CGPA still sama dari sem 3 tak gerak gerak, start sem 4 GPA dah mula kenal erti jatuh eiiiii geramnya kita haishh whatever happen still alhamdulillah, at least no repeat at least pointer tak jatuh teruk macam nangka busuk. Oyeahh !! Nak layan sedih lebih lebih pun tak guna juga, tu adalah hasil usaha kita. Memang kita dah berusaha tapi maybe usaha tu tak cukup kan untuk final exam hari tu? Dah usaha tapi tak dapat apa yg kita hajat sabar la, in future usaha lebih lagi dari sebelum ni. Insyaallah mesti boleh. 

    Saya bukan nak bajet bajet bagus tau dengan awak semua sebab saya tak tergolong dalam kategori bagus tp ni adalah nasihat untuk diri sendiri juga bila masuk degree nanti. Tak salah kan berkongsi? Kepada yg dekan tahniah! :D budak budak uitm machang yang dah boleh grad nanti kita jumpa masa hari konvokesyen dekat shah alam. Bye bye ~





Sunday, November 4, 2012

good time

UiTM Machang dalam kenangan and Machang also dalam kenangan. Suka duka segalanya la! Diploma dah habis and now tengah cuti panjang untuk masuk degree next year, insyaallah. Hopefully dapat course apa yg nak amiiiiinnn 

celebrated birhday liza (roommate). Birthday yaya
(housemate) tak snap picture pulak
my birthday! liza belikan cake and yaya masak
 mee goreng, harshbrown and puding.

Kenangan yg best dengan Liza and Yaya pergi solat terawih sama-sama, dapat durian free bertungkus lumus kopek durian walaupun masing masing takde pengalaman, santai depan tv sambil makan rojak dan bergosip dalam bilik trolololo okay bawah ni masa dinner untuk budak sem akhir.

Liza dan Yaya

dari kiri: Farah Waheeda, Aini dan Puteri
dari kiri: Puteri, Pija dan Ida


BBQ dengan classmate dekat Pantai Irama Bachok. Walapun exam tak habis lagi tapi semua enjoy. A day with a lot of joy!




new chapter

ASSALAMUALAIKUM :D

Dah lama tak update blog, oh yeahh this is a new image new background  for my blog! Only one word to describe it ' Simple ' !! Post yg sebelum ni semua dah delete, lets open the new chapter. May Allah bless our life amiinnn! I love my life and i love my favourite people. I'm thankful for that and yes i do!