Saturday, January 12, 2013

Upside Down






   Selasa hari tu keluar dengan Erna and we decided to watch Upside Down. Movie ni agak tak logik sebenarnya haha apa-apa pun jalan cerita best, sedih dan romance. One more thing kepala korang akan pening-pening sikit. Upside Down ni berkaitan dengan graviti dan cinta terhalang dari dua dunia yg opposite. Adam (Jim Sturgess) dari negara Down below. Eve (Kristen Dunst) pulak dari Up To. 

    Orang dari Down Below ni miskin dan mundur. Tetapi sebaliknya pulak dengan Up To yg maju dan kaya dengan teknologi. Dalam kata lain Down Below ni kena tindas dan dipandang rendah dengan orang dari Up To. Orang yg berasal dari Down Below tak boleh masuk Up To dan tak dibenarkan ambil apa-apa barang songsang dari Up To dan haram mempunyai hubungan special dengan penduduk Up To. Kira tu dah menyalahi undang-undang. Macam tulah juga cinta Adam dan Eve. Bayangkan eh orang dari Down Below kalau ke Up To dia akan jadi terbalik sebabkan graviti. Tapi demi cinta Adam ni lawan graviti. Kalau nak tahu selebihnya dan ending filem Upside Down kenalah tengok sendiri kikiki kalau cerita semua tak syok la.

Moral of the story yg kita boleh dapat dari Upside Down ni kita jadi macam bersyukur dekat dunia reality tak wujud opposite world. Tu hanya rekaan semata-mata ishh bayangkan kalau wujud? Ermmm tak nak la! Dunia tak adil :( 

Monday, January 7, 2013

Budak sekolah

ASSALAMUALAIKUM :D

  Sekarang ni dah masuk tahun 2013 fuhhlamak copat gilo masa berlari dan berlari. Tahun 2013 ni agak penting la jugak sebab tahun ni umur saya cecah 21 kikiki. 21 tahun kira dah dewasa la kan? Wink wink. Boleh mengundi. Tapi kan ada juga certain people yg excited dengan angka 21 tahun ni sebab boleh masuk club. Tak perlu guna orang dalam la apa la. Urgh entah apa-apa kan?

   Dah masuk 2013 maknanya dah habislah cuti untuk budak sekolah kan? Selamat kembali ke alam persekolahan ea adik-adik semua. Belajar rajin-rajin! Kepada budak darjah satu jangan takut-takut nak pergi sekolah. Kepada yg dari sekolah rendah berhijarah ke sekolah menengah jangan terkena kejutan budaya ea. JANGAN! Kejutan budaya yg membawa maksud masa sekolah rendah dulu kemain baik, pulus tetiba naik tingkatan 1 jadi gangster la gedik la. Masa tulah ada boyfriend girlfriend. Masa tulah adik angkat abang angkat. 

   Alam sekolah menengah kita boleh nampak setiap minggu ada pelajar lelaki yg degil berambut panjang ke sekolah. Ada juga fesyen pakai seluar bawah kembang ala ala hero filem tamil tu. Ada juga yg kecilkan seluar sekolah dekat bahagian kaki 'seluar cikang'.. Yg tu selalunya budak melayu. Ayoyo. Kalau sentuh pasal pelajar perempuan pulak ada yg suka pakai stokin pendek gila lepas tu warna warni. Ada yg kain singkatlah 'kain banjir'. Belum lagi part pelajar perempuan melayu tudung sekolah pendek gilo. Amboi amboi. Pendek kata sekolah menengah dengan masalah displin agak serasi bersama.

  Kepada yg dapat 5A masa UPSR tu teruskan usaha belajar rajin-rajin. Lupakan pasal result UPSR tu. Fokus apa yg ada dekat depan korang. Alam sekolah menengah ni mencabar tau sebab yela semuanya tengah meningkat remaja kan? Jadi remaja ni penuh masalah emosi sikit. Hmm depend on individu tulah kot. Ada masalah emosi sikit ada masalah emosi banyak. Eh boleh pulak macam tu? Haha bolehkan aje.

   Untuk budak tingkatan 4 tahun ni tolong janganlah honeymoon sakat. Dapat bagus PMR tak akan menjaminkan benda yg sama untuk SPM korang. Kepada yg result PMR tak cantik mana tu pun tebus balik untuk SPM. Belajar rajin-rajin. Like seriously janganlah honeymoon. Janganlah nak bercinta monyet apa semua. Menyusahkan diri korang je nanti. Dengar nasihat dari pakar ni. Ehem-ehem.

   Untuk budak-budak form 5 tak terlambat lagi nak belajar betul-betul. Tulah form 4 honeymoon sakat kan dah gelabah. Kalau tak sedar juga tak tahulah. Tak akan nak insaf seminggu sebulum SPM start kot? Haha ishh SPM sangat penting. Jangan ambil sambil lewa wei. Nanti korang mesti menyesal. Banyak dah contoh yg ada. Salah satunya ada seorang hamba Allah ni PMR dapat 7A 1B. Subject yg dapat B tu KHB. Let's guess dia punya result SPM hmm 2A je dia dapat. All of his family members memang terkejut sangat. Yang pasti parents dia kecewa gilo.

   Saya dulu pun honeymoon sangat hmm hancur SPM aku HAHAHA padan muka kan? Menangis-nangis sebab result SPM cun sangat. Kalaulah wujudnya doraemon dah minta dah tolong guna pintu masa. Taknak bercinta apa semua haha menyesal wei. Awat la dulu cheq gatai noh? Alhamdulillah still dapat further study dekat UiTM. Yela gagal sekali tak bermakna gagal selamanya. Ada peluang nk tebus kesilapan, grab it!

   Apa yg saya potpet potpet ni semua based pengalaman hidup. Alam persekolah adalah yg paling indah dan keindahan tu depends on cara kita corakkan alam persekolah kita. So adik semua ca'mon jangan cepat putus asa & jangan terlalu selesa dengan apa yg kita ada. Bila-bila je Allah boleh tarik :)

Monday, December 3, 2012

click click 4 dara pingitan

A day with a lot of joys

Date: 01/12/12
Venue: Tira's House

Tira, Elly, Bel and me

We have been invited to kakak Tira's wedding. So cute kakak tira and his husband dekat atas pelamin masa sesi tangkap gambar. Tetiba that time perasaan nak kahwin tu datang hahaha normal la kan tu? Sempat la juga berangan kikiki ala berangan tak perlu bayar. Free! Adioss :)

Friday, November 16, 2012

perubahan ...?

SALAM MAAL HIJRAH

   Assalamualaikum semua. Pagi semalam bangun tidur kecoh pasal bumi Palestine kena serang lagi dengan si kejam Israel grr sampai bila isu ni nak berakhir? Sayu hiba hati ni. Semakin lama hidup semakin benci meluat dengan yahudi. Awat kejam sangat? Ish awak semua boleh bayangkan kalau negara kita kena serang macam dekat gaza? Minta jauh la semua tu :'( whatever it Allah know the best. Hanya Allah yg maha mengetahui. Lets pray for Gaza!

   Sempena maal hijrah ni like seriously nak berubah menjadi yg lagi baik lagi baik dan lagi baik. Ehem darah muda kan banyak godaannya kikiki. Bila fikir setiap dosa dosa ermm kecut perut ni rasa hinanya diri ni and bla bla bla. Ada beberapa part dalam diri ni yg kena ubah, insyaallah satu satu dulu. Takut perubahan secara drastik tak kekal lama. Tiada manusia yg sempurna tp cari la kesempurnaan di dalam tidak sempurna tu. Wahh wahh ayat hihi tp betul la kan.


Friday, November 9, 2012

result ohh result

ASSALAMUALAIKUM

    Dah la tak pandai malas belajar tapi nak result gempak kebaboom je haha terasa? Kalau siapa yg terasa tu meh sep sikit hihi hmmm tu la lumrah hidup, ramai kot macam tu include me dushh !  Semua orang ada sifat malas kan tapi yg membezakan seseorang individu tu macam mana dia tepis sifat malas dia. Tapi saya takde la jenis malas nak study tahap superb pemalas. The major problem is suka study last minute. Tu susah betul nak ubah. Tolong bagi ceramah motivasi sikit dekat si diyana ni kikiki poyo poyo je kan. 

    Bila study last minute result pun susah la nak gempak kebabooom. Result untuk sem 5 agak mengecewakan hati. Result jatuh memang la down. To be honest for sem 5 saya punya rajin tu lebih dari sem sebelum ni. Effort lebih dari sebelum ni tapi nak buat macam mana paper masa final banyak sangat yg superb susah sampai menangis lepas habis jawab paper haha over tau lepas tu lecturer pulak dapat jenis yg lokek markah, how? Kalau tahu macam tu memang effort dalam belajar tu akan ditingkatkan ke level 10 dari 6 kikiki yoyoyooo je.    

    My last CGPA still sama dari sem 3 tak gerak gerak, start sem 4 GPA dah mula kenal erti jatuh eiiiii geramnya kita haishh whatever happen still alhamdulillah, at least no repeat at least pointer tak jatuh teruk macam nangka busuk. Oyeahh !! Nak layan sedih lebih lebih pun tak guna juga, tu adalah hasil usaha kita. Memang kita dah berusaha tapi maybe usaha tu tak cukup kan untuk final exam hari tu? Dah usaha tapi tak dapat apa yg kita hajat sabar la, in future usaha lebih lagi dari sebelum ni. Insyaallah mesti boleh. 

    Saya bukan nak bajet bajet bagus tau dengan awak semua sebab saya tak tergolong dalam kategori bagus tp ni adalah nasihat untuk diri sendiri juga bila masuk degree nanti. Tak salah kan berkongsi? Kepada yg dekan tahniah! :D budak budak uitm machang yang dah boleh grad nanti kita jumpa masa hari konvokesyen dekat shah alam. Bye bye ~





Sunday, November 4, 2012

good time

UiTM Machang dalam kenangan and Machang also dalam kenangan. Suka duka segalanya la! Diploma dah habis and now tengah cuti panjang untuk masuk degree next year, insyaallah. Hopefully dapat course apa yg nak amiiiiinnn 

celebrated birhday liza (roommate). Birthday yaya
(housemate) tak snap picture pulak
my birthday! liza belikan cake and yaya masak
 mee goreng, harshbrown and puding.

Kenangan yg best dengan Liza and Yaya pergi solat terawih sama-sama, dapat durian free bertungkus lumus kopek durian walaupun masing masing takde pengalaman, santai depan tv sambil makan rojak dan bergosip dalam bilik trolololo okay bawah ni masa dinner untuk budak sem akhir.

Liza dan Yaya

dari kiri: Farah Waheeda, Aini dan Puteri
dari kiri: Puteri, Pija dan Ida


BBQ dengan classmate dekat Pantai Irama Bachok. Walapun exam tak habis lagi tapi semua enjoy. A day with a lot of joy!




new chapter

ASSALAMUALAIKUM :D

Dah lama tak update blog, oh yeahh this is a new image new background  for my blog! Only one word to describe it ' Simple ' !! Post yg sebelum ni semua dah delete, lets open the new chapter. May Allah bless our life amiinnn! I love my life and i love my favourite people. I'm thankful for that and yes i do!